Lata Hammer Waterfall on 23 FEB 2018
Lokasi : Lata Hammer Waterfall, Bentong, Pahang
How to go there from KL : (took about 48 mins only)
1. Lebuhraya KL-Karak
2. Then exit 68, Jalan Lama KL-Bentong (quite creepy during night, no lampu jalan dan bengkang bengkok jalannya haa. jadi jangan bawak laju laju takut terhentam kereta yang datang dari another way *lesson learned*)
What you have to know :
1. Untuk ke Lata Hammer, anda akan lalu dulu Kebun Ayah (banyak anjing weh situuu)
2. Ada tempat untuk parking tapi laluan nak naik ke tempat parking tu agak mencabar (banyak batu besaq) dan tak sesuai untuk kereta yang lowered. Wajib guna kereta yang tinggi, kalau dak hangpa kena tinggai kereta kat bawah dan berjalan sekitar 1km ke tempat parking macam kami lol (penat siot)
3. Bawak makanan (PASTIKAN SAMPAH DIBAWA PULANG SEBAGAIMANA IA DIBAWA DATANG)
4. Untuk ke air terjun tu, trekknya agak obvious. Most of the trail adalah jalan tanah. So kalau hujan, tanah dia lembut dan bakal menengelamkan kasut kasut anda andai tersalah pijak. And ada jugak part yang agak steep dan memerlukan anda tu berpegang kepada tali tali yang teguh lagi besar.
5. Around 2km jugak korang akan melalui jalan tanah merah tu. Just simple trekking. Then, part nak reach air terjun tu, ada laluan yang sangat steep tapi jangan risau, ada tali yang korang boleh berpaut.
6. Part merentasi sungai berjambatankan batang pokok pun best dan agak mencabar. So time lintas tu, hati hati. FOKUS jangan dok berangan, satgi jatuh.
7. Another attractions yang ada kat situ adalah The Hotspring. So kalau nak relax relax jap boleh la singgah (tapi kitaorg cau balik Gombak sebab hat laki nak pi ligan khutbah Jumaat)
Jadual perjalanan :
7 am - menuju ke Kebun Ayah
7.30 am - start trekking
9.30 am - reached Lata Hammer (Sg Perting)
11.30 am - done mandi and start hiking nak balik
12.45 pm - sampai tempat parking dan bye nak balik dah
Langkah keselamatan
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
1. Keadaan langit yang gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
2. Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
3. Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu
4. muncul dengan banyak di permukaan air).
5. Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).
AMARAN !! : arus dia sangat kuat jadi anda tidak dinasihatkan untuk mandi hingga ke tengah dan banyak kes lemas yang dilaporkan. Jangan datang ketika musim hujan, ditakuti terjadi kejadian kepala air.
![]() |
the hidden gems |
![]() |
driver dan ajk logistik function |
![]() |
our picnic spot (sila lantik ajk makanan anda kalau tak nanti anda kebulur) |
![]() |
our fleek highkers (hadiah terindah ni gaisss hahah) |
![]() |
selfie paling fresh sebab dah puas berendam |
![]() |
one of the nice view yang guys will came across (boek terox) |
![]() |
tanah merah road menuju ke kebun ayah |
![]() |
muka yang masih lagi fresh ye hahaha |
![]() |
lopak ayaq dia besaq sikit gais |
![]() |
kalau nak tengok view macam ni, sila gerak awai sikit nah |
![]() |
akak admin yang comel lagi sweet |
![]() |
depa ni paling tak baraii hahah |
![]() |
ni pun mencabar gak. every step yang korang nak ambik kena usha betul betul. takut terpijak akar kayu yang reput. tapi ada tali yang teguh inshaALLAH |
![]() |
one of the part yang menyebabkan adrenaline rush di pagi hari (bro ni la yang paling takut) |
![]() |
our ajk module paling function |
![]() |
ajk makanan boekkk |
![]() |
semestinya akak admin yang tengah merenung macam mana takmau bagi pacat naik kaki lol |
Ulasan
Catat Ulasan